Federico Moreno Torroba

Federico Moreno Torroba (1891-1982) ialah penggubah Sepanyol yang dilahirkan di Madrid.Torroba adalah penggubah yang bertanggungjawab dalam usaha beliau mengembangkan zarzuela, iaitu sejenis opereta Sepanyol ke taraf antarabangsa. Beliau juga merupakan seorang konduktor muzik yang telah banyak memimpin orkestra dan zarzuela; dan memperkenalkan zarzuela untuk para penonton antarabangsa dalam opera-opera gubahan dan arahan beliau. Selain itu, beliau juga amat terkenal dengan hasil karya karangan muzik untuk gitar klasikal (juga dipanggil gitar Sepanyol) [1].